Brader ni antara insan yg sekali tengok dah ada positive vibes dgn senyuman dia. Aku sebenarnya belajar dari perilaku dia untuk senyum selalu.
Nama dia Syed Husaine atau Along atau Bob.
Gambar ni tahun 2012 masa aku dgn Mat lunch kat Subway, lepas tu brader ni mai tegur minta bergambaq
.
Ni 1ST TIME kami jumpa dia tau, tak pernah kenal baru kenai dah berpeluk-peluk.
Dukacita dikhabarkan Syed baru meninggal semalam sebab masalah jantung dari ogos tahun lepas. Aku jumpa dia sekali or dua kali ja aku rasa. Tapi dia punya feel tu lain macam.
Orang mcm ni la sebenarnya org yg bahagia. Sentiasa senyum, sentiasa berkawan and buat baik. Kita tengok dia kita teringat untuk layan org baik-baik sbb mcm tu jgk kita nak dilayan
.
Aku tak sedih bab kematian sbb dunia mmg sementara. Tapi teringin gak la pi bisik kat telinga dia yg
. "Hidup atas dunia ni tak sia sia, aku belajar nak appreciate hidup sebab hang rajin senyum"
Jom jadi manusia yang baik.